
Tindakan para pengundi Switzerland untuk menyokong inisiatif Swiss People Party (Parti politik terbesar Switzerland) baru-baru ini mengejutkan sesiapa pun. Mengharamkan pembinaan menara masjid baru di Switzerland adalah satu perkara yang agak mengecewakan bagi sebuah negara yang terkenal di mata dunia dengan kesederhanaan politik dan menghormati hak asasi manusia, khususnya dalam hak beragama.
Isu ini, antara pelbagai isu lain yang berkocak minggu ini, berjaya menarik perhatian saya.
Pertama kali sepanjang saya menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sebelum solat, Imam memberi ucapan yang amat menyentuh hati (jika tidak orang ramai,beliau sendiri tampak tersentuh). Dengan sedu-sedan dan titisan air mata beliau melaungkan kepada seluruh jemaah masjid untuk berusaha mempertahankan hak penduduk Islam di Bandar Sri Damansara. Hak untuk pergi ke masjid tanpa sekatan-sekatan pagar yang banyak dan menyebabkan jemaah pusing melalui jalan jauh ke masjid, dan adakalanya tidak boleh langsung ke masjid, lantaran pagar hanya dibuka setelah waktu Subuh.
Kata beliau isu ini sudah lama cuba ditimbulkan untuk mengecilkan hak penduduk Islam di BSD. Dahulu pernah juga ada permintaan dari BSDRA supaya masjid tidak melaungkan azan ke luar pada waktu Subuh dengan alasan mengganggu waktu tidur penduduk.
Rata-rata jemaah masjid, dengan emosi dan sentimen yang mendalam hasil ucapan Imam, akhirnya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama merobohkan semua pagar yang menghalang jalan ke masjid (saya terasa semacam dalam drama melayu saat ini).
* * * * *
Dan juga persoalan ini : “Mengapa larangan pembinaan menara gereja di Mesir tidak ditentang masyarakat sebagaimana penentangan ke atas larangan pembinaan menara masjid di Switzerland?”
Macam-macam.
Sebagai respon dan pemerhatian saya ke atas perkara-perkara yang terjadi ini, saya petik pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradawy, Pengerusi Kesatuan Ulama’ Islam Antarabangsa yang amat saya sokong dan terbaik bagi menjawab isu ini :
“In fact, Muslims in Switzerland and any other country may pray in a mosque without a minaret. But what counts is that if they feel that they are forced to do so – as a result of a hostile law that bans it – then this surely will harm and disturb them greatly, and they will feel that they are strangers in the country and unwanted by its people, which will definitely affect their loyalty to the homeland. We all believe that it is not in the interest of any society that some of its citizens feel that they are unwelcomed. So, it would be better to support everything that calls for a culture of love, dialogue, acquaintance and integration and to condemn hatred, conflict, disrespect and isolation. “
brat-mikrajovic.blogspot.com

afiq 1st
January 3, 2010
hidup ISLAM d bdr sri dmnsara
Akmal Hakim
January 3, 2010
Actually if it comes to situation like that, I would purposely agree to accept that its ok not to built minaret. Minaret is not a prerequisite for a mosque. Although it is one of the crucial component, its a mere part yet not used in this era.
Minaret was used to recite azan during caliphate to uthmaniyah era as in that time, there is no prominent ‘device’ to amplify their voice. They have to climb up minarate and recite Azan using their very own throat power.
Heh~
This is architect’s stuff
emann_albiraqi
January 4, 2010
tahap cakna muslim terutama mahasiswa amat merimaskan…
betul cakap en. aminuddin waktu ziarah tempoh hari “dakwah ialah mengenai ambil berat”… ambil berat tentang muslim yang lain dan islam itu sendiri…
*orang mesir ape khabar???
bradsid
January 4, 2010
=)..Alhamdulillah,sehat2..apa kabar2 org2 uia di sana??